Rendaman Rumput Kering
Pernahkah anda melihat sesetengah orang merendam rumput hay sebelum memberinya kepada kuda untuk dimakan? Apa kelebihan merendam rumput hay dan adakah ia perlu dibuat setiap hari?
Rumput hay boleh berbeza-beza jenis mengandungi NSC atau karbohidrat non struktural serendah 12% hingga kira-kira 20%, dan NSC pada tahap yang tinggi mungkin terlalu pekat untuk kuda yang mepunyai kerintangan terhadap insulin.
Kebaikan merendam rumput kering (hay) kepada kuda sebelum waktu makan
i. Membersihkan daripada habuk dan benda asing yang mungkin terperangkap dalam hay.
ii. Hay yang basah memudahkan kuda untuk mengunyah dan mencerna.
iii. Mengurangkan kepekatan gula*/kanji dan potassium (K) dalam hay.
iv. Membantu mengurangkan spora sebagai partikel bawaan udara daripada disedut terus oleh kuda.
*Kuda yang mempunyai kerintangan terhadap insulin dan masalah berat badan atau laminitis sangat sensitif terhadap kandungan gula dalam diet mereka,begitu juga jumlah gula dalam rumput hay. Merendam hay boleh mengurangkan gula sehingga 30%.
⚡️Hay perlu diberi secepat mungkin kepada kuda selepas dibasahi. Jika hay dibiarkan kering, ia terdedah kembali kepada habuk dan akan melekat pada hay semula.
Various grass hays can vary from about 12% to about 20% NSC (nonstructural carbohydrate), and at the high end, these may be too rich for insulin-resistant horses.
The benefits of soaking hay for horses before feeding
i. Reduce the amount of dust and mold accumulated in the hay.
ii. Wet hay makes it easier for horses to chew and digest.
iii. Reduce the concentration of sugar*/starch and potassium in hay.
iv. Helps to eliminate the possibility of spores being directly inhaled by the horse as small, airborne particles.
*Horses and ponies with insulin resistance and weight or laminitis problems are very sensitive to the sugar content of their diet, even the amount of sugar in a grass hay. Soaking the hay can reduce the sugar up to 30%.
⚡️Hay should be fed as soon as possible after wetting. If you let the hay dry, this could allow dusts to stick on the hay again.
Reference:
1. Kentucky Equine Research
2. EquiSearch
3. Kentucky Performance Products
4. Types of carbohydrates
Leave a Reply