Nutrisi Makanan Kuda

Nutrisi Makanan Kuda

Apabila menerangkan tentang amalan pemakanan seimbang, terdapat dua cabang pendapat
yang harus diberikan penekanan – Perspektif tradisional dan perspektif sains yang diperoleh daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pakar Nutrisi Ekuin dan Pakar Veterinar Ekuin secara amnya hanya menumpukan perhatian terhadap tahap kesihatan dan tubuh badan kuda. Namun, mereka semua sebenarnya merupakan golongan orang yang mempunyai kelebihan untuk meningkatan prestasi kuda hingga ke tahap paling hebat atas sebab pengetahuan mereka yang meyeluruh dalam pengendalian kesihatan dan pemakanan kuda.

Fakta penyelidikan berkaitan pemakanan kuda amat sedikit jika dibandingkan dengan penyelidikan pemakanan manusia.

Penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan oleh golongan professional

Nutrien amat diperlukan oleh semua hidupan di muka bumi ini kerana ia menyokong tumbesaran dan oleh itu ia adalah salah satu asas kepada kesihatan yang baik.

Fakta sains secara am nya akan disokong dengan fakta penyelidikan namun bagi sesetengah isu, ia harus berpandu kepada fahaman tradisional yang kadang-kadang tidak selari dengan ilmu sains.

Jenis-jenis rumput yang biasanya dijadikan “hay” untuk makanan kuda

Foraj (rumput, jerami, serat) adalah salah satu asas pemakanan kuda. Setiap Pakar Nutrisi Ekuin akan sentiasa memberi penekanan tentang isu ini berulang kali kerana serat adalah bahan yang paling penting dalam diet kuda.

Kuda perlu menanggung 1.5-3.0% berat badan mereka setiap hari dengan sekurang-kurangnya
50% daripada diet mereka yang terdiri daripada foraj.

 

 

Walaupun rumput dan jerami adalah sumber serat yang paling dominan, rumput tropika dan jerami yang terdapat di sini dan Negara Asia Selatan-Timur tidak mempunyai nutrisi yang sama.

Malangnya untuk industri kuda di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan cukai ke atas sumber bahan makanan ternakan seperti Hay. Namun sebagai pengguna, mereka hanya mempunyai pilihan untuk mengeluarkan belanja yang tinggi kepada pembekal/pengimport bahan makanan ternakan hanya untuk kebaikan haiwan perliharaan kesayangan.

Emping ubi beet dan pelet kulit kacang soya (soy hull) yang diproses khas untuk kuda adalah sumber alternatif serat yang sangat baik untuk kuda

Emping ubi bit yang telah melalui proses pengeringan

Emping ubi beet (beetroot) adalah diimport dan agak mahal untuk dibeli, tetapi Malaysia mempunyai alternatif yang lebih murah iaitu pelet kulit kacang soya (soy hull). Ia menyumbang kepada keseimbangan sistem percernaan kuda.

Sistem penghadaman kuda sangat sensitif terutamanya apabila keadaan di mana diet diubah secara drastik sama ada dalam perubahan komposisi bahan, jumlah, dan jenis makanan kuda.

Air juga merupakan sumber nutrien yang paling penting untuk kuda. Kuda akan mudah terhidrat jika tidak mendapat air yang mencukupi. Sebagai pemilik atau pengurus stable, luangkan masa untuk memeriksa jumlah penggunaan air oleh kuda sekerap yang mungkin.

Kulit soya juga mengandungi asid amino (protein) yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pemulihan
tisu badan. Protein adalah sumber tenaga yang sedikit tetapi ianya amat diperlukan setiap hari, dengan jumlah 0.60gm dicerna untuk setiap kilogram berat badan kuda dewasa.

Karbohidrat dan kanji membekalkan daya tenaga yang lebih tinggi

Bijian diklasifikasikan sebagai salah satu sumber karbohidrat dan tenaga yang paling mudah didapati dan ekonomikal. Proses penghasilan dan penyemperitan bijirin memudahkan sistem pencernaan kuda dan menjadikan ia lebih selamat untuk dimakan.

Keperluan tenaga kuda bergantung kepada tahap beban kerja, persekitaran dan jenis aktiviti. Keadaan cuaca, alam sekitar dan tahap kecergasan kuda juga memainkan peranan penting dalam penggunaan tenaga.

Menambah minyak ke dalam makanan

Sumber lemak yang terpilih dan baik boleh didapati daripada minyak jagung, dedak beras, canola, camelina, sawit, bunga matahari dan safflower.

Supplemen penambah berat badan mengandungi lemak sebanyak 8-10% tetapi perkara yang paling utama adalah  imbangan nisbah Omega 3, 6 dan 9 bagi mendapatkan kebaikan optimum untuk kesihatan kuda.

Kuda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pengambilan supplemen minyak/lemak dan perlu diamalkan secara konsisten.

Keperluan vitamin berbeza-beza, tetapi ia memberikan faedah serta kepentingan kepada kuda terutamanya bagi yang berada dalam tempoh pemulihan sama ada daripada jangkitan, pertandingan, atau yang akan melalui tempoh perjalanan yang panjang.

Mineral membantu tubuh kuda menghasilkan tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian. Selain daripada itu, ianya membantu dalam proses penghasilan metabolisme yang tinggi, lemak, karbohidrat dan protein.

Mineral terdiri daripada dua kategori iaitu Makro-mineral dan Mikro-mineral.
Makro-mineral: Kalsium, Fosforus, Magnesium, Sodium, Kalium, Sulfur, Klorin / Klorida.
Mikro-mineral: Iodin, Manganese, Besi, Kobalt, Zinc, Copper, Selenium.

Nota:

  • Foraj (rumput, jerami) membekalkan kuda dengan kebanyakan nutrien yang mereka perlukan dalam aktiviti seharian. Ini adalah titik permulaan kepada aspek pemakanan kuda yang seimbang.
  • Jumlah bijirin yang dibekalkan (atau makanan alternatif) tidak dibenarkan melebihi 50% dari berat jumlah makanan harian kuda.
  • Jumlah berat makanan yang dibekalkan setiap hari haruslah disediakan antara 1.5-3.0% dari jumlah berat badan kuda.
  • Sediakan makanan dalam kuantiti yang ditetapkan serta dengan kerap.
  • Bekalkan kuda anda dengan air bersih.
  • Hay (rumput kering) dan serat adalah salah satu sumber makanan yang sangat penting.

Sumber tulisan: Equine Nutrition Australasia
Gambar dan suntingan: Majlis Ekuin Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *