Pertemuan Majlis Ekuin Malaysia bersama KSU Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
PUTRAJAYA, 21 Januari – Majlis Ekuin Malaysia telah membentangkan “CADANGAN PENSTRUKTURAN STRATEGIK INDUSTRI KUDA DI MALAYSIA” kehadapan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk perhatian dan pertimbangan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Objektif kami adalah untuk menarik perhatian kementerian dan kerajaan bahawa industri kuda juga mampu menyumbang kepada aktiviti ekonomi negara melalui eksport produk pengilangan, peluang pekerjaan dan perkhidmatan. Tujuannya adalah agar kewujudan industri ini diiktiraf di Malaysia.
Majlis Ekuin Malaysia berharap agar semua yang terlibat dalam industri kuda secara langsung atau tidak langsung sentiasa berkehendak untuk membuat penambahbaikan dari semua sudut terutamanya kebajikan, sosial, persekitaran dan pengurusan.
Leave a Reply