APM Wilayah Persekutuan Memartabatkan Sunnah Berkuda

SERDANG, 21 April – Pertemuan Angkatan Pertahanan Awam dengan ahli eksekutif Majlis Ekuin Malaysia pada pagi 21 April membentangkan tentang dua perkara:
1) Penerangan akreditasi yang dijalankan oleh Majlis Ekuin Malaysia yang menggunapakai pensijilan kejurulatihan yang diiktiraf oleh Equestrian Australia (EA) dan International Group of Equestrian Qualifications (IGEQ) serta pensijilan kemahiran perladaman yang diiktiraf oleh Northern Melbourne Institute of Tafe (NMIT) dan South West Tafe, Victoria. Di Malaysia, terdapat skim pensijilan tempatan yang boleh didapati dengan mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
2) Penyelarasan Program Memartabatkan Sunnah Berkuda APM Wilayah Persekutuan bersama Majlis Ekuin Malaysia Sempena HUTPA ke-70. Dalam pembentangan tersebut, APM berhasrat ingin menjadikan Majlis Ekuin Malaysia sebagai penaung Persatuan Gagasan Sukarelawan SeMalaysia (PGSS) Unit Berkuda.
Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) dirancang akan diadakan di Majlis Ekuin Malaysia, MAEPS Serdang pada 15 Mei 2022 yang bakal berlangsung dari jam 8.30 pagi-12.30 tengah hari. Pengumuman rasmi akan diberitahu kelak.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YS Kol.(PA) Effendy bin Hj Ali, Pengarah APM Wilayah Persekutuan dan YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Pengerusi MEM.
Leave a Reply