Lawatan Persatuan Insan Istimewa, Bangi

Lawatan Persatuan Insan Istimewa, Bangi

Persatuan Insan Istimewa Bangi (PIIB) merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu penyertaan dan integrasi sosial golongan OKU di komuniti setempat sejak penubuhan pada tahun 2017.

Pada 11 Jun 2023, Majlis Ekuin Malaysia (MEM) telah menerima lawatan kerja lapangan dari PIIB dengan peserta lebih kurang 15 orang termasuk pelatih, anak-anak pelatih, ibu bapa dan sukarelawan.

 

Tujuan lawatan mereka selain untuk menjalinkan kerjasama Tanggung Sosial Korporat (CSR) adalah:

  1. Pengenalan kepada industri ekuin secara am dan manfaat yang boleh dialami apabila terlibat secara langsung dalam industri ekuin.
  2. Pengenalan dan kesedaran terhadap perkhidmatan dan terapi berkuda kepada anak-anak dan ibu bapa remaja OKU bagi membantu memantapkan perkembangan sahsiah, sosial dan emosi anak anak remaja OKU.
  3. Mendapatkan maklumat tentang peluang dan ruang bagi anak-anak remaja OKU terlibat dalam aktiviti berkuda sebagai satu aktiviti riadah untuk mengisi masa lapang mereka.

Laporan oleh Ayob bin Md. Dali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *