Pembelajaran Berbantukan Kuda UKM
Program pembangunan pelajar lemah akademik berdasarkan keputusan S1, 2022/2023.
Kelainan program yang diadakan pada kali ini adalah menerapkan pembelajaran berbantukan kuda atau Equine Assisted Learning (EAL) sebagai kaedah pemerkasaan diri pelajar. Program EAL tersebut dijalankan secara berkala pada setiap pagi Ahad di Majlis Ekuin Malaysia (MEM). Ianya telah bermula pada 9 Apr 2023 dan akan berakhir pada 18 Jun 2023 dimana pihak Jabatan bercadang mengadakan majlis penutup pada hari terakhir program.
Anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem (JKEES), Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Majlis Ekuin Malaysia.
Laporan oleh Ayob bin Md Dali
Leave a Reply