Pensijilan SKM dan Pensijilan SLDN dalam Industri Ekuin
Satu sesi webinar bertajuk “Introduction to SPKM & SLDN” akan diadakan dimana menerangkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dianjur bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Majlis Ekuin Malaysia (MEM) akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh ; 21 Ogos 2023, Isnin
Waktu : 9.30 pagi 11.00 pagi
Tempat: Goggle Meet (scan qr code utk sertai webinar’)
Ianya bertujuan menerangkan berkaitan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan kaedah memperolehi persijilan melalui SLDN. Persijilan ini adalah selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), Kod Amalan Kebajikan Haiwan Menunggang Kuda dan Aktiviti Spelling yang telah dikuatkuasa semenjak 1 Julai 2017 oleh DVS. Adalah menjadi harapan agar
i. Pemain industri ekuin di iktiraf,
ii. Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang standing dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik dan berupaya melahirkan pekerja mahir ekuin yang terlatih; dan
iii. Berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan ekuin dipasaran dunia.
SKM ekuin ini di iktiraf di banyak negara-negara seperti Australia, German dan beberapa Negara Dunia. Ianya juga selaras dengan kehendak kerajaan dalam mempromosi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai pilihan didalam memperolehi ilmu. MEM sebagai Badan Peneraju Industri merayu agar semua pemain industri untuk mendapat pengiktirafan dan kelayakan dari kerajaan Malaysia dan seterusnya memimpin industri ekuin.
“Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan kemahiran, kuda akan menjadi satu binatang yang merbahaya bila kita berkerja dengannya”
Oleh,
Ayob Dali
Leave a Reply