Bengkel Pemakanan Kuda (Mitavite Asia Sdn. Bhd.)
Sekalung penghargaan buat Encik Greg McLaren dan team Mitavite Asia Sdn. Bhd. yang menganjurkan Bengkel Pemakanan kuda (Equine Nutrition Workshop) pada hari Isnin, 19 Ogos 2024.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang nutrisi pemakanan kuda dan kepentingannya serta bertujuan untuk mendidik dan menerapkan budaya penyediaan makanan yang sihat untuk kuda.
Seramai 30 peserta yang hadir memenuhi bilik kelas Majlis Ekuin Malaysia, terdiri daripada pemilik kuda, jurulatih, pengurus kandang, jururapi kuda (groom) dan sukarelawan.
Para peserta didedahkan dengan pelbagai jenis makanan untuk kuda sama ada tempatan mahupun import. Encik Greg mengakui dia berasa bangga dengan Malaysia kerana mempunyai sumber mudah didapati seperti beras dan soya yang boleh diproses menjadi makanan kuda berkualiti. Namun, industri kuda di Malaysia masih memerlukan banyak pendedahan tentang ilmu pemakanan dan penjagaan kuda. Pencarian ilmu perlu dilihat sebagai suatu bentuk perjalanan yang berterusan dalam kehidupan.
Di akhir bengkel, Encik Greg menegaskan bahawa memberi makan sahaja tidak sama dengan menyediakan nutrisi untuk kuda. Menyediakan nutrisi yang seimbang memerlukan semua zat yang penting untuk kesihatan, tumbesaran dan pembiakan. Dia juga berpesan supaya peserta memenuhi keperluan kuda sepertimana seorang individu kerana keperluan nutrisi setiap kuda adalah berbeza.
Greg McLaren
Many Thanks to Majlis Ekuin Malaysia 🇲🇾 for the kind consideration of providing such an excellent, accessible location in the Klang Valley. Education & Knowledge are the forerunners to horses having happy, healthy & useful lives – Mitavite Asia are extremely thankful to collaborate with MEM to assist & advise participants in the equine industry.