Bengkel Persediaan SKM – Perkhidmatan Pengurusan Kuda dan Penyeliaan Berkuda (Terapi)

Bengkel Persediaan SKM – Perkhidmatan Pengurusan Kuda dan Penyeliaan Berkuda (Terapi)

Bengkel Persediaan SKM – Perkhidmatan Pengurusan Kuda dan Penyeliaan Berkuda (Terapi) yang diadakan pada bulan September mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat terapi berkuda di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Faizah Harun, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), kerana telah memberi Geran Pembangunan kepada Majlis Ekuin Malaysia selaku ILB sektor ekuin bagi menjalankan program Taklimat Promosi NOSS bagi Q881-002-2/3:2019 Perkhidmatan Penjagaan Kuda/Penyeliaan Berkuda (Terapi) dengan tajuk Bengkel Persediaan SKM Q881-002-2/3:2019 serta semua pegawai-pegawai JPK yang terlibat terutamanya bagi En Norazmi Mokni, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan ILB, JPK yang menjadi penceramah di empat siri bengkel, En Mohamad Faisal Abdulah, En Shahrizwan Effendi Hashmi dan lain-lain pegawai JPK yang terlibat. Tidak lupa juga kami ucapkan ribuaan terima kasih YBhr Dr. Mohammad Razli Abdul Razak, Pengarah Bahagian, Bahagian Regulatori Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah membenarkan dan seterusnya menghantar empat orang Pegawai Veterinar dari Seksyen Kebajikan Haiwan, Bahagian Regulatori Veterinar, DVS Putrajaya; untuk memberi Taklimat Promosi Akta Kebajikan Haiwan 2015, Akta 772 Kod Amalan Kebajikan Haiwan, Menunggang Kuda dan Aktiviti Spelling Terhadap Pemain Industri Ekuin disetiap bengkel ini.

Tidak lupa juga kepada rakan kerja dari Persatuan Terapi Berbantu Kuda Malaysia (PTBKM) yang berkerjasama melancarkan program ini terutamanya kepada Dr Rosmina Jaafar, Puan Rosziana, Coach Hazrin dan Puan Sharifah serta yang lain-lain yang terlibat bagi melancarkan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *