Pelajar Putrajaya melawat ke kandang kuda

Pelajar Putrajaya melawat ke kandang kuda

Program “Sehari dalam Kehidupan Kuda” anjuran bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Program berjalan selama tiga hari iaitu dari 6hb sehingga 8hb Oktober 2025, berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 95 orang murid berumur 10 hingga 14 tahun dan diiringi seramai 17 orang guru. Murid-murid yang hadir dari sekolah SK dan SMK terpilih di sekitar Putrajaya diberi peluang pengalaman sehari dalam kehidupan penjagaan kuda di Malaysia.
Objektif program ini dilaksanakan bagi memupuk sifat ketenangan, tanggungjawab dan disiplin yang tinggi, memperkenalkan murid dengan pelbagai kerjaya yang ada dalam bidang industri ekuin, menggalakkan hubungan empati antara manusia dan haiwan dan mewujudkan keseronokan dalam bersukan di samping menggilap bakat murid dalam bidang sukan berkuda.
Laporan oleh
Ayob b. Dali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *