Program Pendidikan Biosekuriti – Mencegah Penularan Penyakit Kuda dalam Acara Berkuda

Program Pendidikan Biosekuriti – Mencegah Penularan Penyakit Kuda dalam Acara Berkuda

Pada 22 dan 23 April 2025, Equestrian Association Malaysia (EAM) dan Federation Equestre Internationale (FEI) telah menganjurkan Program Pendidikan Biosekuriti yang bertempat di Oakwood Hotel & Residence, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Berikut adalah laporan yang disediakan Ayob Md Dali, Pengawai Pendidikan Majlis Ekuin Malaysia (MEM).

1)   LATAR BELAKANG

Mencegah penyebaran penyakit berjangkit kuda adalah penting kepada semua orang yang terlibat dalam sukan ekuestrian, terutama apabila kuda dipindahkan sementara di tempat acara. Oleh itu, adalah penting untuk menjamin bahawa amalan Biosekuriti yang baik dikekalkan pada setiap masa dan peraturan kerajaan mengenai import dan eksport kuda dipatuhi semasa membuat persediaan untuk pergi ke acara.

Biosekuriti yang baik terdiri daripada langkah dan protokol mudah yang direka untuk meminimumkan pendedahan kuda kepada agen penyebab penyakit. Amalan biosekuriti ini akan mengurangkan risiko penularan penyakit antara kuda di kandang mereka dan ketika bersaing di acara.

 

1.1       Mencegah penularan penyakit dalam acara berkuda

Apabila merancang acara FEI antarabangsa, jawatankuasa penganjur harus memaklumkan Pihak Berkuasa Veterinar Kebangsaan yang sesuai pada peringkat awal. Semua langkah kesihatan yang diperlukan oleh kerajaan negara tuan rumah untuk pengimportan sementara kuda mesti dilaksanakan dengan ketat dan jika perlu bantuan disediakan untuk pesaing.

Antara langkah berjaga-jaga yang diambil semasa bertanding dalam acara FEI, ialah vaksinasi terhadap Equine Influenza bagi semua kuda yang bertanding di acara FEI, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Veterinar FEI. Vaksinasi tambahan terhadap risiko penyakit berjangkit kuda lain mungkin diperlukan. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengesahkan vaksinasi yang diperlukan untuk melindungi kuda anda dalam kawasan geografi tertentu.

Selain itu, semua yang menyertai acara diingatkan untuk merujuk kepada Pihak Berkuasa Veterinar Kebangsaan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pensijilan kesihatan yang diperlukan oleh negara ketibaan dan pulang. Setiap orang yang terlibat dalam acara FEI mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi keperluan kesihatan haiwan kerajaan untuk pengimportan sementara kuda.

Sebarang penyakit yang disyaki mesti dilaporkan kepada Perwakilan Rasmi Veterinar FEI semasa acara tersebut dan FEI komited untuk mengekalkan kesedaran tentang situasi dan kawalan penyakit di kalangan pihak yang berminat.

 

2)   Definisi “biosekuriti”

Biosekuriti adalah hasil daripada semua langkah yang diambil oleh pemilik/pengurus ladang stud dan kakitangan untuk mengurangkan:

  • Pengenalan penyakit berjangkit ke ladang stud oleh kuda baru, haiwan domestik lain, haiwan liar, peralatan, orang, serangga, tikus, makanan dan air.
  • Penularan penyakit antara kuda dalam ladang.
  • Penularan penyakit sedia ada ke ladang lain.

 

3)   Latar Belakang Speaker

Nama: Ms Camille Vercken, MSc. Ag Ing.

Kelayakan:

  • Agricultural Engineer (Agrosup’ Dijon)
  • Agricultural Economics (University of Kentucky)
  • Chief of Equine Reproduction Center (French Agricultural Ministry Diploma)

3.1       Pengalaman

  • Paris 2024 Olympic and Paralimpic Games: Biosecutiry Team Leader (FEI NTO)
  • European Eventing Championship – France 2023: Biosecurity Manger
  • 8 years CEO Equiways – company dedicated to biosecurity audits, implementation of biosecurity plan in venues and farms, biosecurity research. A company hosted on the Normanys Equine Vallee Plateform on the Labeo site – French Equine reference laboratory.
  • 8 years CEO of the French TBA – French Thoroughbred Breeders Association & General Se;cretary of the European Breeders Association (EFTBA)
  • Nominations & bloodstock at Haras du Quesnay (Head Family France)
  • Nominations at Castleton Lyons (Kentucky-USA)

Ms. Camille Vercken memberi penerangan tentang FEI Biosecurity Education Program kepada ahli Malaysia Equestrian Federation

3.2       Bengkel Hari Pertama 22hb April 2025, Selasa

Pada hari pertama, speaker Ms Camille Vercken memperkenalkan diri beliau dan di ikuti dengan sesi pengenalan semua peserta yang hadir. Majority yang hadir adalah dikalangan Doktor Veterinar dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Maqis, Universiti Putra Malaysia, Kelab lumba kuda dan rider dari kelab equestrian serta saya dari Majlis Ekuin Malaysia.

Jadual Waktu FEI Biosecurity Education Programme

Di ikuti dengan sesi Introduction / General Principles of Biosecurity, The venue, Dynamic of the flows, Ext resources + vaccination serta di ikuti dengan sesi case study. Perserta dipecahkan kepada 2 kumpulan dan diberi tajuk yang berkisar dengan kes-kes sebenar yang telah berlaku. Ahli kumpulan diberi tugas untuk membuat perancangan bagi menyelesaikan tugasan bagi satu tapak pertandingan yang diberi. Kumpulan kami diberi satu pelan Kawasan pertandingan, diminta membuat suatu pelan laluan masuk bagi pendaftaran pasukan, tempat pemeriksaan vet, lokasi kandang yang berbeza bagi setiap pasukan dan laluan lokasi tempat pertandingan berlangsung. Disebabkan saya tidak mempunyai pengalaman berkaitan biosecurity ekuin dan tidak pernah terlibat didalam apa-apa pertandingan anjuran FEI/EAM, saya tidak dapat memberi input atau pendapat dalam perbincangan kumpulan. Banyak idea adalah hasil daripada pengetahuan Dr Veterinary dan personnel yang terlibat dalam pertandingan anjuran EAM/FEI. Dr Nurul Haya dan Dr Shri dari kumpulan kami telah membentang pelan laluan dengan meletakan Kawasan Pendaftaran pasukan berdekatan laluan masuk utama. Kuda-kuda dikehendaki membuat pemeriksaan Vet Check (pemeriksaan suhu), kemudian semua kuda-kuda diminta terus naiki float ke kandang yang disediakan. Sekiranya ada kuda yang gagal Vet Check, kuda ini akan di kumpulkan di Isolation Stable, dimana semua ahli pasukan diwajibkan untuk tinggal di tempat ini dan dilarang bergaul atau keluar dari Isolation Stable (jarak sekurang-kurangnya 50-meter daripada stable lain). Kuda-kuda ini akan diawasi oleh seorang Biosecurity Dr atau Officer sepanjang pertandingan berlangsung bagi memastikan penyakit tidak merebak. Jadual pertandingan untuk kuda-kuda ini juga dibuat secara berasingan iaitu pada jadual terakhir bagi memastikan bagi kuda-kuda dan riders yang terlibat tidak bercampur dengan yang lain. Pada akhir pertandingan, pasukan ini akan bergerak keluar paling akhir dan Isolation Stable akan di disinfect termasuk segala peralatan yang digunakan.

Biosecurity Course Guidebook FEI Solidarity Department

3.3       Bengkel Hari Kedua 23hb April 2025, Rabu

Tajuk pada hari kedua adalah berkaitan Ext resources + vaccination, iaitu sambungan daripada topik yang dibawa dari hari pertama. Seterusnya dipecahkan kepada kumpulan kerja bagi membuat case study bagi satu pertandingan yang pernah berlangsung di Valencia, Sepanyol. Sebanyak 800 ekor kuda telah ditempatkan didalam satu khemah stable yang besar dan bertutup dengan satu laluan keluar masuk. Kami dipecahkan kedalam 2 Kumpulan dan diberi tugasan untuk membuat rancangan bagaimana untuk membuat pelan memindahan kuda-kuda ke Khemah Isolation (pengasingan) selepas mengetahui ada kuda dari pasukan Perancis didapati suhu melepasi 38.5◦C selepas 3 hari pertandingan berjalan. Kumpulan yang saya sertai diketahui oleh Dr Haya dan Dr Fairuz telah membentangkan pelan rancangan pemindahaan kuda-kuda mengikut zon dari lokasi khemah stable ke khemah stable bersebelahan dengan membuat laluan keluar yang baru tanpa melalui laluan keluar yang disediakan. Sekitar 3 zon khemah stable dibentuk dan kuda-kuda serta personnel yang terlibat tidak dibenarkan bergaul sesama mereka. Sementara kuda-kuda yang membawa wabak tidak dipindahkan atau dikekalkan di khemah stable sedia ada. Pertandingan juga dijalankan mengikut giliran baru tanpa kuda-kuda dari zon berbeza berjumpa atau bertemu. Biosecurity Dr/Officer diwajibkan membuat pemeriksaan Vet Check setiap hari selama 3 hari. Diakhir pertandingan, semua kuda-kuda dan personnel dibawa keluar mengikut zon keluar tanpa bertemu diantara satu sama lain. Selepas semua kuda keluar dari Isolation Stable, khemah stable dan segala peralatan wajib di disinfect bagi menghalang penularan wabak daripada berlaku.

 

4)   Kejadian Sebenar Pertandingan di Valencia, Sepanyol

Dalam pertandingan International Horse Jumping, Valencia, Spain pada bulan March 2021, terdapat 17 ekor kuda telah mati yang menyebabkan kerugian yang besar kepada kuda-kuda prestasi tinggi ini. Kuda-kuda ini dari baka yang baik dan empunya kuda telah mengeluarkan kos yang banyak untuk melatih kuda ini sehingga tahap memasuki pertandingan FEI.

Penyakit yang dibawa semasa pertandingan ini adalah Equine Herpesvirus type 1 (EHV-1). Wabak penyakit ini telah menyebabkan banyak kuda sakit, menyebabkan banyak kuda lemah sehingga tidak dapat berdiri dan yang lain menunjukkan tingkah laku agresif yang luar biasa (rujuk Gambar 3). Dalam usaha untuk membendung kerosakan, Persekutuan Antarabangsa untuk Sukan Ekuestrian (FEI), yang menyelia pertandingan ekuestrian antarabangsa, telah membatalkan semua acara Eropah—termasuk Piala Dunianya—sekurang-kurangnya pertengahan April 2021. Pemilik kuda, sementara itu, berusaha keras untuk memberi vaksin dan mengasingkan kuda mereka.

Kuda yang menghidapi Equine Herpesvirus type 1 (EHV-1)

4)   Kesimpulan

Bagi memastikan kuda di MEM yang dibawa keluar untuk memasuki pertandingan, SOP yang perlu dilakukan dengan lebih ketat agar ianya tidak membawa penyakit atau wabak ke dalam premis MEM dan seterusnya menjangkiti kuda-kuda lain yang tidak menyertai pertandingan.

5)   Cadangan

Kuda-kuda yang kembali daripada pertandingan perlu diambil suhu dan bacaan termometer hendaklah menunjukkan 38.5°C dan kebawah. Sekiranya didapati melepasi suhu ini, kuda ini perlu di tempatkan di kandang pengasingan. Sementara Track, Float dan segala peralatan yang dibawa perlu dinyahkuman.

 

Disediakan oleh:

Ayob Md Dali
Pengawai Pendidikan
MAJLIS EKUIN MALAYSIA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *